Categories: NASIONALSUKAN

Mohammad Rifdean ke final Muay Thai Asia Timur 2019

BANGKOK,15 Ogos – Peninju Muay Thai Perak, Mohammad Rifdean Masdor beraksi cemerlang apabila melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Muay Thai Asia Timur 2019 di Hong Kong, malam ini.

Mohammad Rifdean,17, menewaskan lawannya dari Mongolia, Gantushig Tenuun menerusi knockout (KO) pada pusingan kedua dalam kategori 48 kilogram (kg) pada saingan separuh akhir.

Pemenang pingat perak Kejohanan Muay Thai Dunia 2019 itu bakal berdepan peninju Hong Kong pada Ahad ini.

Ketua Jurulatih Muay Thai Perak, Bernard Radin berkata Mohammad Rifdean telah mempamerkan aksi bertenaga ketika menentang lawannya yang fizikal lebih besar dan tinggi.

“Pada mulanya, persembahan Mohammad Rifdean agak gugup berikutan lawannya yang tinggi tetapi apabila masuk pusingan kedua, dia dapat mengawal perlawanan itu sehingga menyebabkan lawannya KO,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bernard berkata beliau tidak meletakkan sasaran tinggi pada kejohanan di Hong Kong berikutan Mohammad Rifdean baru pulang dari Kejohanan Muay Thai Dunia 2019 di Bangkok.

Selain itu, beliau berkata Mohammad Rifdean turut sibuk dengan persiapan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Saya menyasar beliau akan berada pada tahap puncak ketika beraksi pada Kejohanan Muay Thai Remaja Dunia di Turki bulan depan.

“Saya berharap Mohammad Rifdean akan meneruskan momentum dan mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan akhir Ahad ini,” katanya.

Mohammad Rifdean terpaksa melompat ke kategori 48kg berikutan kategori 45kg tidak dipertandingkan.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago