Categories: Ketua MenteriMELAKA

MMKN setuju tubuh KWAS Negeri Melaka, sasar miliki rizab tunai RM1 bilion

AYER KEROH 29 Okt. – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka bersetuju untuk menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Simpanan (KWAS) Negeri Melaka dengaan sasaran memiliki rizab tunai RM1 bilion dalam tempoh lima tahun.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata sumber kewangan utama KWAS adalah daripada pencairan aset-aset kerajaan negeri manakala pulangan daripada simpanan tetap kumpulan wang tersebut akan dimasukkan sebagai hasil kerajaan negeri.

“Kita sasarkan rizab KWAS mencapai RM1 bilion dalam tempoh lima tahun dan selepas lima tahun, kita jangkakan Melaka akan memperolehi pendapatan tambahan RM50 juta setahun daripada keuntungan rizab.

“Hanya keuntungan daripada rizab itu yang boleh dibelanjakan oleh kerajaan negeri dan hanya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang boleh merungkai penggunaannya,” katanya kepada pemberita di Seri Negeri di sini baru-baru ini.

Adly berkata penggunaan yang dibenarkan di bawah KWAS adalah untuk membiayai perbelanjaan yang timbul akibat kejadian di luar kuasa atau kawalan manusia termasuk bencana alam.

Dalam keadaan sedemikian, katanya, pengeluaran wang KWAS akan dibincangkan pada peringkat MMKN dengan kebenaran Kerajaan Pusat dan seterusnya akan diputuskan melalui resolusi di DUN.

Sementara itu Adly berkata Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membantu Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam aktiviti kitar semula untuk tujuan kebajikan.

Beliau berkata NGO berkaitan perlu berurusan dengan pihak berwajib lain seperti untuk lesen syarikat dan sebagainya.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago