Categories: MELAKA

MMC perkenal logo baharu

BANDA HILIR 27 Jun – Usaha memperkenalkan logo baharu Pusat Perubatan Mahkota @ Mahkota Medical Center dijangka dapat menerokai pasaran baharu.

Selain ianya mampu meningkatkan strategi perniagaan syarikat tersebut bagi menumpukan sektor perubatan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Mahkota (MMC), Stanley Lam berkata, inisiatif penjenamaan semula itu juga dilakukan sebagai strategi holistik serta perubahan sikap dan komitmen seluruh pengurusan dan kakitangan.

Katanya, ianya seimbang dalam urusan kerja dan komitmen menawarkan perubatan terbaik kepada pesakit mereka.

Jelasya, logo baharu itu juga lebih segar melambangkan pertumbuhan dan perkembangan jenama MMC dengan struktur asas terdiri dari ciri-ciri yang menyampaikan hasrat warga kerja dan lambang kitaran lengkap atau rantaian nilai dalam industri kesihatan negeri ini.

“Wawasan baharu kami adalah untuk menjadi hospital terkenal yang menjadi rujukan bukan saja di Melaka, tetapi juga di Asia Tenggara.

“Berdasarkan statistik pesakit kami, kira-kira 100,000 daripada mereka adalah pesakit luar negara yang mendapatkan rawatan di MMC, sekali gus aktif mempromosikan sektor pelancongan perubatan di negeri ini.

“Sejak mula beroperasi pada tahun 1994, kami telah berkembang menjadi sebuah hospital terkemuka di Malaysia dan menjadi pilihan serta merawat 4.5 juta pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancara Logo Baharu MMC di Pusat perubatan swasta tekemuka di negeri ini di sini, hari ini.

Pelancaran logo tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka, Datuk Dr. Ghazali Othman yang turut melibatkan Regency Specialist Hospital, Batu Pahat, Johor.

Menurutnya pihaknya juga bangga dengan pencapaian terbaik selama ini hingga diberi kepercayan untuk menerima Anugerah Kepimpinan Nilai Pelanggan Hospital Pelancongan Perubatan Malaysia 2018.

Anugerah itu diperolehi dari Frost & Sullivan Malaysia sebagai bukti kepada komitmen MMC menyediakan kecemerlangan penjagaan pesakit.

Ujarnya, lebih dari 120 pakar yang disokong oleh satu pasukan kejururawatan dan penjagaan kesihatan profesional.

Menurutnya, MMC merancang untuk terus meningkatkan kualiti pusat pembangunan kecemerlangan, penyediaan kemudahan, teknologi perubatan baharu.

Selain latihan pembangunan kakitangan bagi mencapai kecemerlangan penjagaan kesihatan lebih berkualiti kepada pesakit dari Malaysia dan rantau ini.

“Pada masa ini, MMC merupakan satu-satunya hospital swasta di Melaka dan Negeri Sembilan dilengkapi dengan positron pelepasan tomografi-pengimbas tomography (PET-CT) untuk menyediakan perkhidmatan pengimejan nuklear.

“Mahkota mempunyai salah satu pusat kanser paling komprehensif di Malaysia, menyediakan penjagaan kanser dari pengesanan awal diagnosis

“Selain rawatan seperti radioterapi, kemoterapi dan onkologi intervensi serta pelbagai penjagaan sokongan seperti pemulihan, kaunseling psikologi dan penjagaan paliatif.

“Mahkota juga satu-satunya Pusat Pemupukan In-Vitro (IVF) di Melaka menawarkan rawatan reproduktif yang berjaya melahirkan lebih 1,250 bayi sejak diperkenalkan pada 1997,” katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago