Categories: NASIONAL

MITI selesai siasatan awal antilambakan ke atas CRC dari 4 negara

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyelesaikan penentuan awal siasatan antilambakan ke atas import keluli bukan aloi, gegelung gulungan sejuk (CRC) dengan saiz lebar lebih 1,300 millimeter dari China, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam.

Dalam kenyataan hari ini, MITI berkata mengikut Seksyen 23 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993, ia mendapati bahawa terdapat bukti yang mencukupi untuk meneruskan siasatan terhadap pengimportan produk berkenaan dari negara-negara terbabit.

Ia berkata petisyen yang difailkan oleh Mycron Steel CRC Sdn Bhd, bagi pihak pengeluar industri domestik bagi produk serupa, mendakwa CRC yang berasal atau dieksport dari negara-negara berkenaan diimport ke Malaysia pada harga yang lebih rendah berbanding harga jualan di pasaran domestik di negara tersebut menyebabkan kemudaratan material ke atas industri tempatan di Malaysia.

“Kerajaan juga memutuskan untuk mengenakan duti antilambakan sementara yang bersamaan dengan nilai margin lambakan yang dikenal pasti dalam penentuan awal.

“Duti antilambakan sementara itu adalah antara sifar dan 26.39 peratus dikenakan ke atas import dagangan subjek dari negara berkenaan dan berkuat kuasa tidak lebih 120 hari dari 27 Ogos, 2019.

“Langkah sementara itu tidak meliputi ‘tin mill black plate’ dan dagangan subjek yang diimport bagi maksud penggunaan akhir automotif dan ‘finwall’ untuk transformer,” kata MITI.

Pihak berkepentingan boleh mengakses versi tidak sulit laporan ini dengan mengemukakan pemintaan bertulis kepada kementerian.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago