Categories: EkonomiNASIONAL

MITI sasar 450 PKS jalani RA tahun ini

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasarkan 450 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjalani program Penilaian Kesediaan Dasar (RA) Kebangsaan 4.0 (Industri4WRD), yang dibiayai kerajaan, tahun ini.

Tahun lepas, 508 PKS dipilih untuk menjalani program ini daripada 849 permohonan.

Timbalan Menteri MITI, Dr Ong Kian Ming berkata program itu bertujuan membantu PKS menilai kesediaan mereka untuk Industri 4.0.

“Kerajaan memperuntuk RM43 juta untuk program berkaitan Industri4WRD termasuk RA, Dana Intervensi, Melatih Jurulatih, Program Latihan Semula serta Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Insentif Industri4WRD hari ini.

Seminar sehari ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran industri terhadap program dan insentif berkaitan Industri4WRD oleh kerajaan, seperti RA, Dana Intervensi, Dana Strategik Pelaburan Domestik dan Elaun Modal Automasi.

Ong berkata apabila selesai RA, PKS digalakkan memohon Dana Intervensi Industri4WRD dari Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

Dana itu menawarkan geran padanan 70:30 sehingga RM500,000 untuk PKS melaksanakan strategi intervensi dalam laporan RA masing-masing.

Syarikat digalakkan untuk memohon RA menerusi  laman web MITI http://www.miti.gov.my/industry4wrd, bagi memulakan perjalanan transformasi pelaksanaan 4.0 maing-masing.

– BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago