PULAU Nangka masih ada tak yang ingat kewujudan pulau ni? Terletak kira-kira empat kilometer dari Pulau Besar, sebenarnya Pulau Nangka mempunyai tarikannya yang tersendiri dari segi sejarah, keindahan pantainya dan kisah misteri yang menyelubungi pulau unik tersebut.
BUKAN SEKADAR MISTERI, KEINDAHAN PANTAINYA MEMUKAU!
Pulau yang berbatu itu berukuran kira-kira 20 hektar, mempunyai pantai berpasir dengan air yang jernih. Terdapat juga terumbu karang berdekatan pulau tersebut.
Di tengah pulau ini pula terdapat sebuah bukit dengan ketinggian sekitar kira-kira 50 meter dari paras laut, manakala di puncak bukit itu pula terdapat banyak tumbuhan renek, pokok besar, makam lama dan pelbagai tinggalan sejarah.
Wujud juga makam pahlawan di sekitar lereng bukit yang menghadap ke arah laut. Namun, tidak dapat dipastikan makam siapa ia sebenarnya.
LAMBANG KEKAYAAN SULTAN MELAKA
Kisah mengenai harta karun yang ditanam di pulau ini turut menjadi perhatian. Menurut sumber, ia lambang kepada kemakmuran dan kekayaan Kesultanan Melayu Melaka satu ketika dulu. Apabila ribuan kapal dagang datang ke sini dan berlaku, mereka menghadiahkan barangan, termasuk emas kepada sultan sebagai cukai.
Baginda sultan ketika itu dikatakan menanam sebahagian harta berupa wang emas, pakaian dan jongkong di pulau itu ketika penjajahan Portugis pada tahun 1511, manakala sebahagian lagi dibawanya bersama.
CERITA HARTA KARUN
Sejak didedahkan oleh media beberapa tahun lalu mengenai kewujudan harta karun di pulau ini, ia terus menjadi perhatian. Dikatakan, kerja-kerja mencari harta karun di pulau itu sudah bermula sejak 30 tahun lalu. Tetapi apabila ada yang ingin membawa harta dijumpai keluar, mereka tidak boleh melangkah.
Selepas meletakkannya semula, barulah keadaan mereka kembali seperti asal. Benar atau tidak kisah ini, ia terus menjadi tanya tanya. Kini Pulau Nangka telah diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment