Categories: EvergreenMELAKA

Misteri ISTANA MELAKA, NO.1 tu MENARIK!

JATUHNYA zaman Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis meninggal pelbagai kisah terhadap negeri kelahiran Hang Tuah ini, terutamanya nilai sejarah yang masih terkubur dan belum terungkai hingga kini. Antaranya cerita mengenai Istana Melaka yang hilang ketika penjajahan Portugis yang menyebabkan Sultan Mahmud Syah dan Sultan Ahmad Syah berundur ke kawasan pendalaman. Sehingga kini terdapat pelbagai kisah pelik yang masih belum terjawab mengenai Istana Melaka terutamanya mengenai misteri yang menyelubunginya. Nak tahu misteri apa, jom follow.

1. GEDUNG BESAR BAWAH TANAH

Dibawah istana ini terdapat gedung bawah tanah, ia cukup besar untuk digunakan bagi menyimpan emas dan perak Sultan Melaka. Bangunan bawah tanah ini tidak musnah selepas istana tersebut hangus dibakar dan pihak Portugis menjumpainya di sebalik runtuhan singgahsana Sultan Melaka ketika itu. Pembinaan Istana Melaka bukan sekadar tempat kediaman dan pentadbiran, tetapi juga tempat penyimpanan harta peribadi sultan dan pelbagai barangan.

2. PETI BERTATAHKAN PERMATA

Istana Melaka mempunyai peti berkaki bertatahkan permata. Semasa Portugis menawannya, mereka mendapati istana ini memiliki sebuah peti besar berkaki dan dipenuhi dengan permata yang bernilai 60,000 cruzado. Ia diikuti empat balang emas yang mengandungi minyak wangi, bekas emas yang mengandungi butiran mutiara selain gadis cantik yang bertugas sebagai dayang istana diluar pemikiran sesetengah pihak ketika itu yang menganggap masyarakat Melayu masih primitif, mundur dan tidak bertamadun.

3. MAHLIGAI MASYHUR

Istana Melaka turut dikenali dengan nama Istana Mahligai, Istana 40 Bilik yang dibina semasa zaman Sultan Mansur Shah. Ia juga dibina dengan pengaruh Siam, memandangkan ia dibina selepas Melaka dapat menawan Pahang yang ketika itu berada di bawah pengaruh Siam.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago