Mikro kredit untuk usahawan kecil

Mikro kredit untuk usahawan kecil

Terima kasih kepada CM yang sentiasa memikirkan apa yang terbaik untuk rakyat Melaka

AYER KEROH 14 Jun – Kerajaan Melaka terus melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat terutama peniaga dan usahawan kecil menjalankan perniagaan mereka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pendekatan itu merupakan satu lagi projek kerajaan negeri yang akan dilaksanakan awal tahun depan.

Menurutnya, model Mikro Kredit di bawah Amanah Finance House itu kini dalam proses kemas kini.

“Kita sedang lihat dan kaji berapa jumlah boleh diberikan serta berapa peratusan faedah dikenakan.

“Mungkin boleh dimulakan dahulu dengan minimun RM3,000 sehingga Rm50,000 untuk permulaan,” katanya.

Tambah Adly, penilaian semula turut dilakukan supaya modul ini memberikan manfaat terbaik kepada rakyat.

“Sama seperti Amanah Finance House yang memfokuskan kepada pinjaman perumahan, walaupun sudah dijalankan tetapi ia dinilai balik bagi memantapkan modul terbabit,” katanya pada sidang media selepas Hari Bertemu Rakyat di Seri Bendahara, di sini, hari ini.

CATEGORIES
TAGS