Categories: AnalisisMELAKARENCANA

Meter pintar punca kenaikan bil elektrik? Mungkin tidak!

Benarkah dakwaan tersebut?

TIADA BUKTI UNTUK SOKONG DAKWAAN

Menurut Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad, tidak ada bukti yang dapat menyokong dakwaan tersebut berdasarkan hampir 9,000 aduan yang diterima daripada pengguna yang terlibat.

Beliau berkata, kesemua aduan tersebut telah diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat utiliti itu pada bulan lepas.

KURANG KEFAHAMAN TENTANG KIRAAN METER PINTAR

Apa yang berlaku sebaliknya kata Ahmad Rezahan, adalah disebabkan oleh kebanyakan pengguna yang membuat aduan tidak memahami bagaimana kiraan meter pintar dilakukan.

Menurutnya, penjelasan yang diberikan oleh kakitangan TNB pada sesi Hari Bertemu Pelanggan sejak Mei lepas telah membantu meningkatkan kefahaman pengguna mengenai cara meter pintar berfungsi.

“Sebelum ini kita pernah jelaskan bahawa bacaan meter pintar untuk beberapa bulan selepas pemasangannya adalah bacaan anggaran.

“Biasanya untuk bacaan anggaran kita ambil penggunaan purata untuk enam bulan sebelum meter pintar dipasang.

“Sebab itu ada pengguna yang mendakwa bil mereka tinggi tetapi itu sebenarnya adalah campuran bil untuk tempoh enam bulan tersebut,” katanya.

Jelas Ahmad Rezahan, untuk tidak membebankan pengguna yang terlibat, TNB bersetuju membenarkan mereka membuat bayaran bil mereka secara berperingkat.

METER PINTAR PILIHAN TERBAIK UNTUK FAEDAH RAKYAT

Menurut beliau, meter pintar TNB merupakan meter terbaik yang mampu memberi kelebihan kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya, untuk rakyat mendapat kebaikan daripada pemasangan meter pintar seperti yang telah diuar-uarkan, TNB perlu memastikan kerja-kerja pemasangan meter pintar di premis-premis di Melaka diselesaikan seperti yang telah dirancang.

“Apabila kesemua meter pintar telah dipasang, barulah sistem akan menjadi stabil.

“Seterusnya kita akan nampak faedah-faedah yang disumbangkan meter tersebut,” jelasnya.

Setakat ini, kata Ahmad Rezahan, 266,000 premis daripada keseluruhan 340,000 premis telah dipasang meter pintar.

TNB ujarnya, akan memulakan kerja-kerja pemasangan meter pintar di baki 74,000 premis mulai hujung bulan ini.

“Saya berharap mereka yang berkenaan akan memberikan kerjasama kepada kakitangan kami apabila kerja-kerja pemasangan ini dilakukan kelak,” katanya.

Kerja-kerja pemasangan, tambahnya, dijangka selesai menjelang hujung tahun ini.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago