‘Mercy’ ke Perak untuk biak baka baik

AYER KEROH 20 Jun- Seekor Zirafah betina akan dihantar ke Zoo Lost World of Tambun, Perak bagi proses pembiakan untuk menghasilkan baka yang lebih baik pada masa hadapan.

Zirafah yang mesra dipanggil Mercy itu telah menempuh perjalanan sehingga 12 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) selepas bertolak petang semalam dan dijangka tiba di Zoo Lost World of Tambun, Perak, kira-kira 5 pagi tadi.

Setiausaha (SU) Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Muhammad Shahrul Hafidz Ab Rahim berkata Zoo Melaka mengambil tempoh selama sebulan untuk menjinakkan Mercy bagi memberi keselesaan kepada zirafah itu sebelum dibawa pindah ke tempat baharu.

“Pertukaran ini dengan pihak Sunway melalui perjanjian persefahaman (MoU) bulan lepas bertujuan bagi proses pembiakan haiwan supaya dapat menghasilkan baka yang lebih baik.

“Mercy merupakan spesies zirafah pertama yang dipindahkan dan bermacam aspek keselamatan sudah diambil kira sebelum memulakan perjalanan yang sebenar.

“Kita di pihak zoo Melaka berharap Mercy akan dapat biasa menyesuaikan diri di habitat baharu sekali gus menjadi daya tarikan baharu di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi ‘Flag Off’ konvoi zirafah di Zoo Melaka, Ayer Keroh di sini malam tadi.

Sesi Flag Off zirafah itu pada 8.20 malam tadi turut dihadiri Pengarah Zoo Melaka, Zanariah Khamis dan Pengurus Besar The Lost World Of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari.

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago