Menteri Pendidikan santuni warga SMK Paya Rumput

Menteri Pendidikan santuni warga SMK Paya Rumput

Banyak kemudahan yang kerajaan sumbangkan untuk pendidikan negara

PAYA RUMPUT 11 Sept. – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik merasmikan Zon Teknologi Hijau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Rumput di sini semalam.

Perasmian zon itu sempena lawatan kerjanya ke Melaka selain meninjau keadaan kemudahan pembelajaran di sekolah berkenaan.

Ketibaan Maszlee di sekolah itu disambut Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, di sini.

Maszlee turut meraikan sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah itu bersama warga sekolah tersebut.

Selain SMK Paya Rumput, Maszlee turut meninjau beberapa lokasi pengajian di negeri ini termasuk SMK Rahmat, Kuala Sungai Baru dan Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM) di Durian Tunggal.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS