#menjadidenganmeeracle mampu ubah taraf hidup

#menjadidenganmeeracle mampu ubah taraf hidup

Mereka yang berminat boleh kunjungi Meeracle cawangan Melaka di Meeracle Outlet..

MEERACLE merupakan satu jenama penjagaan kulit dan kosmetik yang sedang melonjak naik di pasaran telah mengadakan Karnival Hari Terbuka Meeracle cawangan Melaka di Meeracle Outlet disini baru-baru ini.

Master Premier Meeracle, Nazariah Mohd Shah berkata, karnival tersebut bertujuan untuk membuka peluang perniagaan kepada bakal usahawan khususnya golongan wanita yang ingin meningkatkan taraf hidup.

Jelasnya, peluang perniagaan yang ingin diperluaskan itu bukan hanya tertumpu kepada golongan wanita sahaja malahan kaum lelaki yang berminat turut akan diberi bimbingan untuk menjadi wakil jualan.

 

KARNIVAL HARI TERBUKA MEERACLE & CAWANGAN MEERACLE

“Karnival hari terbuka Meeracle ini diadakan setiap tahun bagi memperkenalkan para pengguna kepada cawangan Meeracle.

“Dalam karnival yang kita adakan, turut kita kongsi ‘Biz Talk’ peluang perniagaan usahawan, scan muka secara percuma, kelas make up dan turut mengadakan promosi dan tawaran hebat sehingga 30% untuk kesemua produk Meeracle.

 

MELAKA NEGERI PERTAMA

“Outlet Melaka adalah satu-satunya outlet Meeracle dalam Malaysia yang diberi kepercayaan dan mandat dari pengasas Meeracle,untuk membuka outlet sendiri.

“Di sini (Outlet Melaka) kita turut mengadakan sesi training untuk semua usahawan yang yang ingin belajar dan mengubah taraf hidup untuk menjadi usahawan Meeracle yang berjaya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Hadir sama, Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Asas Tani, Norhizam Hassan Baktee dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li.

 

PRODUK SIHAT DAN DIYAKINI

Sementara itu, Nazariah turut berkongsi kebaikan Meeracle selaku produk pertama di Asia yang mengandungi ekstrak batu permata yang membantu menyihatkan kulit.

“Kandungan bahan dalam produk berasaskan batu berlian, rubi, mutiara dan 21 bahan lagi yang ditambah sebagai bahan asas sangat memberi kesan drastik untuk mencantikkan dan menyihatkan kulit.

“Meeracle tidak menggunakan bahan kimia yang secara langsung boleh menghakis kulit malahan kandungan dalam semua produk Meeracle mempunyai penyelidikan yang mendalam dan ianya bagus untuk kulit sekaligus mampu melonjakkan lagi produk tempatan setanding jenama antarabangsa,” jelasnya.

Kepada orang ramai yang ingin menjadi agen dan mengubah taraf hidup untuk #menjadidenganmeeracle serta ingin keterangan lanjut boleh hubungi 06-2681441 atau 016-2652751 (Norema) & fb : meeracle melaka outlet.

 

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS