Menarik juga MERLIMAU ni…

Menarik juga MERLIMAU ni…

Korang boleh la 'usya' tempat-tempat ni.. Lawat terus. Santai dan hayati sejarah...

MELAKA memang kaya dengan tempat bersejarah. Tapi, ramai pelancong atau pengunjung lebih cenderung kepada spot-spot popular saja seperti di Bandar Hilir. Agak-agak kalau admin tanya, korang tau tak apa yang ada di Merlimau? Mesti kena google kan? Jom risik apa yang ada di Merlimau ni

MAKAM TUN TEJA


Diberikan nama Makam Tun Teja kerana Tun Teja telah dimakamkan di sini. Kalau nak tahu lebih lebih lanjut mengenai sejarahnya, bolehlah ke sini.

RUMAH PENGULU MAT NATAR


Terletak di Pekan Merlimau kira-kira 22 km dari Bandar Melaka menghala ke Muar di daerah Jasin. Sebelumnya dikenali sebagai Rumah Penghulu Abdul Ghani yang merupakan bapa kepada Penghulu Md. Natar.

PERIGI PORTUGIS


Merupakan sebuah bekas perigi air terletak di Kampung Pengkalan Samak di sini. Ia telah digali oleh orang Portugis semasa kedatangan Portugis ke Melaka untuk dijadikan sumber air bagi tentera.

TAMAN EKSTRIM TASIK CHINCHIN


Tarikan utama bagi Taman Ekstrem ini sudah pasti pada keindahan tasik yang terdapat di situ. Selain itu terdapat keindahan paya yang menjadikan pengalaman menarik bagi sesiapa yang berkunjung di situ. Yang pasti pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini bersama rakan dan keluarga.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS