Categories: MELAKA

Pembangunan Hospital Melaka jadi keutamaan tahun ini – Exco

BANDARAYA MELAKA 14 Jan. – Kerajaan negeri akan mengutamakan terlebih dahulu pembangunan fasiliti Hospital Melaka (HM) dan beberapa projek lain di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) pada tahun ini.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, ia juga termasuk membaik pulih Jabatan Kecemasan, Pusat Bank Darah dan Jabatan Pergigian Pediatrik di HM.

Menurutnya, beberapa pembangunan lain juga akan direncanakan pada tahun 2020 supaya keselesaan rakyat di negeri ini terjamin.

“Menerusi pertemuan saya dengan Pengarah Kesihatan negeri baharu, Dr. Ismail Ali baru-baru ini pelbagai perbincangan berkaitan fasiliti perubatan dan akan dilaksanakan.

“Melalui perbincangan itu kita akan terus kemukakan permohonan dan akan pastikan ia mendapat perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan (MoF),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Makan Tengah Hari bersama Pekerja Pembersihan SWM, baru-baru ini.

Ujar Chee Leong, cadangan berkenaan termasuk permohonan bagi membina Wad Wanita dan Kanak-kanak yang mampu menampung sebanyak 474 katil.

“Kita harap permohonan itu akan menerima pertimbangan KKM dan MoF bagi menjamin keselesaan rakyat dengan perkhidmatan HM di negeri ini.

“Malah pelbagai perancangan lain juga akan diteruskan termasuk pembinaan Klinik Kesihatan baharu di Melaka,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago