Melaka United FC ketengah bakat pemain kelahiran negeri

MELAKA, 29 Jan- Kelab Bolasepak Melaka United atau dikenali Melaka United FC yang baharu dibentuk musim ini dan bakal beraksi di Liga M3 akan berperanan mengilap bakat baharu serta pemain muda kelahiran negeri ini yang berpotensi besar.

Pemiliknya Damian Yeo Shen Li yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United berkata  pendaftaran kelab itu telah diluluskan namun ia bukan sebuah kelab feeder untuk Melaka United yang beraksi di Liga Super seperti diperkatakan peminat.

“Kelab ini ditubuhkan untuk menghasilkan darah baharu seperti apa yang selalu disebutkan sebagai misi 04, iaitu misi akar umbi untuk melahirkan pemain-pemain muda. Buat masa ini kita bermain di Liga M3 selain Piala FA dan kebanyakan pemain adalah dari kelab SAMB FC.

“Namun ia mungkin boleh dijadikan sebagai feeder setelah melalui proses tertentu nanti. Saya tidak suka jalan pintas majukan bola sepak Melaka dan saya akan bentuk (bola sepak Melaka) dengan acuan sendiri bukan tiru kelab-kelab yang kaya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

SAMB FC menerusi kenyataan pada 23 Jan lepas mengumumkan untuk tidak menyertai Liga M3 pada musim ini berikutan kekangan penajaan dan peruntukkan, namun pasukan itu akan menyertai Liga Divisyen 1 Melaka.

Media sebelum ini melaporkan bekas pemain Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka United iaitu Azizan Baba dipilih sebagai ketua jurulatih Melaka United FC.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago