ADLY dan Aminuddin mendengar penerangan disampaikan Noor Mustafa Kamal.
ADLY dan Roslan mendengar sesuatu diperkatakan Noor Mustafa Kamal di Pantai Tanjung Dahan.
KUALA LINGGI 26 Jun – Kerajaan Negeri Melaka akan menunggu keputusan Kerajaan Negeri Sembilan berhubung pembangunan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) di Muara Sungai Linggi.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, Melaka dan Negeri Sembilan akan meneliti semula projek pembangunan pelabuhan itu dari semua sudut dalam tempoh tiga minggu untuk membuat keputusan sama ada mahu meneruskan atau tidak projek ini.
Adly berkata, usaha ini merupakan sebahagian dari projek yang beliau sokong, cuma perkara yang berbangkit adalah berkaitan dengan persempadanan Negeri Sembilan.
Menurutnya, projek ini telah ditandatangani pada tahun 2015 dan diberikan kepada syarikat Linggi Base Sdn. Bhd.
Ianya melibatkan kawasan seluas 630 ekar, tetapi sehingga kini sudah tiga tahun ia tertangguh dan tidak dapat dilaksanakan.
ADLY dan Aminuddin mendengar taklimat pembangunan KLIP di Pelabuhan Kuala Linggi.
“Justeru itu, kita mengambil tanggungjawab membawa perkara ini ke meja rundingan bagi menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.
“Kerajaan negeri terus sokong usaha pemain pelabuhan tempatan untuk membangunkan pelabuhan di Melaka kerana ia akan memberi limpahan ekonomi kepada rakyat.
“Tetapi pembangunan pelabuhan perlu ikut peraturan dan tidak menjejaskan alam sekitar. Saya kira semua faktor ini telah diambil kira.
“Kita sudah lihat dari segi geografi, logistik, kesepadanan serta impak melibatkan laut dan masyarakat luar bandar khususnya.
“Pembangunan ini perlu ambil kira masalah banjir dan bagaimana nelayan hendak keluar masuk untuk ke laut,” katanya.
Adly berkata demikian kepada media selepas menghadiri program Taklimat Pembangunan Pelabuhan Kuala Sungai Linggi di Muara Sungai Linggi oleh T.A.G Marine Sdn. Bhd. di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Linggi di sini, semalam.
Terdahulu, Adly turut mengadakan lawatan ke Pantai Tanjung Dahan dan ke Fort Supai.
Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Roslan Ibrahim; Pengarah Urusan T.A.G Marine, Datuk Wira Noor Mustafa Kamal Yahya serta wakil-wakil agensi berkaitan Melaka dan Negeri Sembilan.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment