Categories: EsportsMELAKA

Melaka tubuh dua jawatankuasa perkasa E-Sukan

ALOR GAJAH, 23 April – Kerajaan Melaka komited memperkasa pembangunan sukan elektronik (E-Sukan) di negeri ini, melalui perancangan menubuhkan dua jawatankuasa bagi menyelaras serta membangunkan sukan berkenaan terutama dalam kalangan generasi muda.

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Melaka, Kerk Chee Yee berkata dua jawatankuasa berkenaan melibatkan Jawatankuasa Pemantauan E-Sukan dan Jawatankuasa Pembangunan E-Sukan dibentuk dalam mengangkat sukan itu yang kini menjadi tumpuan golongan muda.

“Selain itu, kita juga menitikberatkan aspek kesihatan dan keselamatan yang mana saya akan mempengerusikan sebuah lagi jawatankuasa melibatkan pakar perubatan seperti pakar psikologi untuk mendidik atlet dan mereka berminat mengenai gaya bermain secara sihat.

“Ia juga bertepatan dengan hasrat kerajaan melahirkan lebih ramai bakat dan atlet dalam sukan tersebut yang boleh diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” katanya selepas merasmikan Karnival Game Mini 2019(GameINC19) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu di sini hari ini.

Turut hadir Presiden E-Sport Malaysia Datuk Latt Shariman Abdullah dan Penasihat GameINC19, Noorazura Durani.

Kerk berkata Jawatankuasa Pemantauan E-Sport berada pada fasa terakhir perlaksanaan yang berperanan mengasingkan kafe siber dengan pusat e-sport bagi memastikan kualiti sukan itu terkawal sekali gus mengelak sebarang gejala tidak sihat.

“Melalui garis panduan ditetapkan, kita akan buat pemantauan termasuk memastikan setiap pemain berdaftar termasuk tempoh bermain akan direkodkan selain menetapkan spesifikasi komputer perlu dipatuhi pengusaha.

“Sementara, Jawatankuasa Pembangunan E-Sport yang akan dikendalikan Jabatan Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negeri Melaka pula akan memberi lebih tumpuan terhadap atlet selain mengubah persepsi masyarakat mengenai sukan yang menjadi kegilaan ini,” katanya.

Beliau berkata Persatuan E-Sport Melaka Tengah juga ditubuhkan bulan lepas yang menjadi platform bagi mencungkil bakat seterusnya menyertai kejohanan e-sports di negara ini.

“Saya juga akan libatkan diri secara langsung bukan sahaja dalam pembangunan e-sport tetapi dari sudut memberi kesedaran serta pendidikan mengenai e-sport melalui bengkel dalam meningkatkan kefahaman tentang sukan itu,” katanya.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: E-Sukanutama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago