Melaka tetap had umur belia 30 tahun

Melaka tetap had umur belia 30 tahun

Belia gunakanlah peluang dan kepercayaan yang diberi sebaik mungkin.

 

Melaka menetapkan had umur belia dalam lingkungan 15 hingga 30 tahun selaras dengan keputusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ketua Menteri, Adly Zahari yakin garis itu merupakan tahap terbaik dan mampu mencapai hasrat dan aspirasi kerajaan negeri dengan penglibatan belia dalam pembangunan negeri dan negara.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Dalam perkembangan lain, Adly berkata, kerajaan negeri menubuhkan dua lagi pusat warga emas (PAWE) di Paya Rumput dan Merlimau menjadikan keseluruhan lima PAWE di negeri ini dengan Alor Gajah seramai 151 ahli, Bukit Baru 123 ahli, dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka 450 ahli.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES