Melaka terajui hab e-sukan pertama negara

Melaka terajui hab e-sukan pertama negara

Siapa kata main game tak boleh jana pendapatan? Ini buktinyee..

 

Perasmian Ancient Galaxy Hub E-sport di Kota Syahbandar sekaligus menjadikan Melaka sebagai peneraju hab e-sukan pertama negara.

SEJUMLAH RM1 JUTA  diperuntukkan bagi penubuhan syarikat tersebut dengan kemudahan fasiliti canggih seperti komputer berkualiti tinggi, dan penggunaan teknologi dunia realiti maya (VR) bagi memberi keselesaan kepada peminat e-sukan.

Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee berkata, hab e-sukan itu berpotensi melahirkan atlet bertaraf antarabangsa seterusnya mewakili Melaka dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Ancient Galaxy Hub E-Sport di Kota Syahbandar yang turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka, Ariffin Mohd Ghani.

Jelas Chee Yee, hab e-sukan itu berbeza dengan pusat siber dimana kualitinya lebih terjamin sekaligus memelihara pembangunannya.

Malaysia merupakan negara ke-16 yang memperoleh pendapatan tertinggi dalam perlawanan E-Sukan berjumlah USD7.25 juta atau RM30 juta  melibatkan 465 pemain e-sukan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES