Melaka tambah lori tangki bekal air ke kawasan terjejas

Melaka tambah lori tangki bekal air ke kawasan terjejas

Alhamdulillah

ALOR GAJAH, 20 Sept – Kerajaan Negeri Melaka telah menambah bilangan lori tangki bagi membekalkan air ke kawasan-kawasan terputus bekalan air di negeri ini.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata setakat hari ini 28 lori tangki digunakan untuk tujuan tersebut berbanding 21 sebelum ini.

Beliau berkata kawasan-kawasan yang terjejas masih sama seperti sebelum ini.

“Paras air di Empangan Durian Tunggal juga masih tidak berubah.

“Namun Kerajaan Negeri telah mendapat sumber air dari kolam-kolam takungan di Menggong bagi menampung kekurangan air di Empangan Durian Tunggal, ” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat dan solat Istisqa memohon hujan di Masjid Ar-Rasyidin di sini hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri akan terus mencari sumber-sumber air tambahan bagi menampung kegunaan penduduk negeri ini sebelum kedatangan musim hujan yang dijangka pada Oktober.

Terdahulu Adly menyertai kira-kira 400 jemaah menunaikan solat Istisqa selesai solat Jumaat yang diketuai Imam Masjid Ar-Rasyidin Yuzfariman Bohari yang turut menyampaikan khutbah khas selepas solat sunat tersebut.

Adly turut bersalaman dengan para jemaah sebelum meninggalkan dewan solat.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS