Melaka syurga kupang dan makanan laut yang lazat

TAHUKAH anda dahulu Melaka terkenal dengan Kupang, sebab tu kerajaan negeri beri perhatian kepada kupang ini untuk dijadikan antara produk baharu kepada negeri yang penuh dengan sejarah ini. Mei lalu, kerajaan negeri telah perkenalkan produk baharu, Kupang Manis sebagai usaha menambah pendapatan nelayan di negeri ini. Projek tersebut dikatakan akan dimulakan di perairan Pernu tahun ini juga, orang Melaka mesti tahu port mana nak makan seafood sedap. Jadi kepada pelancong atau rakyat Melaka khususnya, yang teringin nak makan kupang, boleh mencari di kawasan pantai di Melaka.

Setahu admin, biasanya nelayan-nelayan jual kupang, ikan segar, sotong dan pelbagai hasil laut segar di pasar basah di kawasan pantai. Kebanyakan kawasan berdekatan dengan pantai akan dibangunkan sebagai hub kerang-kerangan dan di kawasan tersebut juga pasti terkenal dengan kedai makan menjual makanan laut sebagai hidangan utama. Antara lokasi ‘seafood’ terkenal di Melaka ialah :

1. MEDAN IKAN BAKAR PARAMESWARA

Di sini, bermacam jenis masakan seafood boleh anda dapati untuk menghilangkan kempunan dan rasa lapar. Selain ikan bakar, hidangan lain yang boleh dipesan untuk rasa yang tip-top adalah Kupang sambal, ketam sambal, udang goreng tepung, sotong goreng, kailan ikan masin, ikan siakap stim dan macam-macam lagilah. Anda sebenarnya boleh pilih daripada pelbagai pilihan seafood yang ditawarkan, seterusnya, boleh meminta supaya seafood yang dipilih tadi untuk dimasak mengikut citarasa anda.Mesti cuba!

Alamat: Medan Ikan Bakar, Pengkalan, Kampung Umbai, 75460 Ayer Molek, Melaka

2. MEDAN IKAN BAKAR MUARA SUNGAI DUYONG

Teringin nak makan makanan laut yang segar-segar? Wajib singgah makan di Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung. Nak makan ikan bakar siakap? Kupang sambal? Atau banyak lagi seafood lain? Anda tak akan kecewa dengan pilihan seafood yang ditawarkan di sini. Selain seafood bakar, ada banyak lagi masakan lain yang boleh dicuba seperti masakan tempura sotong, ketam masak cili api dan lain-lain. Sambil menikmati hidangan, anda boleh menyaksikan pemandangan sungai kerana kedudukannya yang terletak di muara Sungai Duyung. Makan masakan laut yang segar sambil menikmati pemandangan yang juga menyegarkan, satu pengalaman yang tak patut anda lepaskan.

Alamat: KM4-5, Jalan Padang Temu, 75460 Permatang Pasir, Melaka

3. MEDAN IKAN BAKAR ALAI CRYSTAL BAY

Medan Ikan Bakar Alai ataupun Ikan Bakar Crystal Bay adalah sebuah kedai makan yang menghidangkan pelbagai sajian lazat dalam harga yang sungguh berpatutan. Masakan sambal kicapnya dikatakan antara yang paling sedap boleh ditemui di Melaka. Mengenai masakan seafoodnya, anda boleh memilih daripada pelbagai jenis seafood yang ada seperti ikan kembung, ikan kerapu, kupang dan lain-lain lagi untuk dimasak dengan pelbagai gaya masakan contohnya masak tiga rasa, black pepper, goreng tepung atau banyak lagi. Orderlah apa saja, anda pasti tidak akan kecewa dengan kesempurnaan rasanya.

Alamat: Crystal Bay, Alai, Sungai Punggur Melaka

4. ANAS SEAFOOD TANJUNG KLING

Suasana yang tenang di mana bayu laut sentiasa bertiupan serta pemandangan yang menyegarkan pandangan mata semasa menjamu selera di Anas Seafood Tanjung Kling sungguh nyaman. Antara hidangan yang wajib dicuba sewaktu berada di sini adalah seperti tom yam, mee celup dan pelbagai jenis lagi makanan laut lain. Sebagai pencuci mulut, anda mesti mencuba pulut mangga dan juga laici kang, sungguh menyegarkan tekak. Andai kata anda berada di sekitar Tanjung Kling, jangan lupa untuk singgah makan di sini!!

Alamat: 76400 Tanjung Kling, Melaka

5. MEDAN IKAN BAKAR MELAKA SERKAM

Ingin menikmati hidangan seafood sambil menyaksikan pemandangan yang memukau jiwa? Anda boleh singgah makan di Medan Ikan Bakar Melaka Serkam. Pemandangan yang menarik dari Jeti Sungai Serkam dapat anda saksikan terutama sekali pada waktu malam. Dah kenyang? Apa kata kalau anda singgah ke masjid bersejarah yang telah mencapai usia ratusan tahun iaitu Masjid Serkam Jamek yang terletak hanyalah beberapa tapak dari kedai makan ni.

Kesemua lokasi, jika anda sudah cuba, anda power. Selamat Mencuba!!!

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago