Categories: MELAKA

Melaka Sentral mendap

NAZRI berdiri di kawasan yang ditandakan sebagai tidak selamat dalam Melaka Sentral.

PERINGGIT 25 Jun – Masalah lantai tidak rata akibat mendapan tanah sejak tahun lalu semakin membimbangkan pihak pengurusan Melaka Sentral.

Ini kerana ia memberi kesan kepada orang ramai khususnya pengguna pengangkutan awam di situ.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Melaka Sentral Sdn. Bhd., Nazri Abu Kasim berkata, berikutan itu pengurusan Melaka Sentral akan bertindak dan mengambil keputusan terbaik bagi menangani perkara yang tidak diingini berlaku.

Walaupun menyedari perkara tersebut, Nazri bagaimanapun memberi jaminan kepada peniaga dan orang ramai yang menggunakan Kompleks Melaka Sentral bahawa keadaan masih selamat sehingga satu notis pemberitahuan mengenai pembaikan di kawasan yang mengalami mendapan.

ANTARA lantai tidak rata dalam bangunan Melaka Sentral akibat berlaku mendapan tanah di kawasan tersebut.

“Saya lihat struktur bangunan dan tahap keselamatan lantai di depan hentian teksi ini agak ketara berbanding di bahagian lain kerana mendapan yang berlaku itu menyebabkan beberapa kios diletakkan di situ juga mula senget.

“Sementara beberapa kawasan berhampiran pula terpaksa dikosongkan dan diletakkan karpet hijau sebagai signal yang menunjukkan lokasi di situ mengalami mendapan yang membimbangkan,” katanya.

Nazri berkata semikian kepada MelakaKini sewaktu ditemui di pejabatnya di Melaka Sentral, hari ini.

Menurut Nazri lagi, pihaknya juga sudah memaklumkan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) untuk tindakan susulan bagi tujuan penambahbaikan.

“Ketua Pegawai Eksekutif (CE)) PKNM, Datuk Seri Ruslin Hassan sendiri turut meninjau kawasan ini bagi mendapat maklumat lengkap sebelum kerja-kerja pembaikan diambil memandangkan Melaka Sentral sebagai anak syarikat PKNM.

“Perkara ini juga sudah dimaklumkan kepada Ketua Menteri dan saya yakin kebimbangan ini akan diatasi segera dalam usaha mentransformasikan Melaka Sentral setanding KL Sentral dalam pelan perancangan akan datang,” katanya.

Dakwa Nazri lagi, walaupun menyedari mengenai perkara yang berlaku oleh pengurusan terdahulu, namun masih tiada sebarang tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut sehinggalah beliau dilantik menjadi Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Melaka Sentral pada 1 Jun lalu.

“Saya tidak tahu kenapa pihak pengurusan terdahulu tidak meneruskan kerja-kerja baik pulih.

“Sedangkan ia berkait rapat dengan keselamatan orang ramai yang menggunakan pengakutan awam yang berada di Melaka Sentral.

“Kira-kira 8,000 hingga 10,000 pengguna sehari yang dicatatkan akan berada di Melaka Sentral atas pelbagai urusan,” katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago