Categories: Aduan RakyatMELAKA

Melaka Sentral dipertingkat setaraf KL Sentral – Nazri

BANDARAYA MELAKA 27 Jun – Melaka Sentral Sdn. Bhd. merancang mewujudkan sebuah terminal bersepadu lebih moden dan efisien di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mempunyai rangkaian lengkap bagi menyokong sistem pengangkutan awam di negeri ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Melaka Sentral Sdn. Bhd., Nazri Abu Kasim berkata, perancangan mewujudkan terminal yang lebih sistematik setanding Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) merangkumi kemudahan laluan keluar masuk bas domestik dan ekspres selain fasiliti kepada penyewa dan peniaga di situ.

Katanya, idea mewujudkan terminal bersepadu itu timbul bagi menaik taraf Kompleks Melaka Sentral termasuk bangunan Pasar Raya Mydin dan kedai tekstil Nagoya bersebelahan bangunan operasinya.

“Saya tidak mahu menceritakan terlalu jauh mengenai peracangan ini, namun yang pasti, kami kini dalam proses rundingan bersama beberapa pihak yang mampu menjalinkan perkongsian pintar ke arah menstrukturkan semula Kompleks Melaka Sentral ini.

“Saya tertarik dengan kemudahan dan sistem lebih moden di terminal bersepadu KL Sentral dan tidak mustahil kita dapat menjana lebih banyak keuntungan selepas projek tersebut dilaksanakan memandangkan Melaka Sentral menjadi tumpuan kira-kira 8,000 hingga 10,000 pengguna sehari,” katanya kepada MelakaKini.

Jelas Nazri lagi, Melaka Sentral dibina pada tahun 2004, tidak pernah menjalani sebarang proses naik taraf dan perancangan ke arah mentransformasikan hentian bas utama di negeri ini adalah bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Transformasi yang bakal dilakukan nanti akan menghidupkan Melaka Sentral sebagai sebuah hentian setempat yang bukan hanya meningkatkan ‘branding’ hentian bas, tetapi banyak lagi yang boleh kita jana.

“Bukan itu saja, saya juga merancangan untuk meningkatkan ‘marketing’ termsuk dari segi susun atur dan jenis perniagaan supaya leih tersusun sebagai daya tarikan pengunjung untuk lebih selesa membeli- belah di sini.

“Dengan jangkaan penambahan pengunjung dan pertumbuhan ekonomi yang meningkatkan peluang pekerjaan, saya yakin Melaka Sentral juga bakal menjadi pemangkin memacu Negeri Melaka ke tahap lebih berdaya saing,” katanya.

Seperkara yang menarik perhatian Nazri ialah fungsi Melaka Sentral itu sebagai lokasi yang menjadi tumpuan warga asing.
Ianya sama ada bekerja atau berkunjung ke Melaka yang boleh dijadikan panduan bagi menarik ramai pengguna memanfaatkan Melaka Sentral.

“Kebanyakan warga asing kategori rendah dan menengah menjadikan pengangkutan awam sebagai kenderaaan rasmi mereka dan ini meningkatkan penggunaan pengunjung harian di Melaka Sentral.

“Jika jumlah pengguna Melaka Sentral yang agak besar, ini boleh dijadikan ukuran bagi mengenal pasti pula penggunaannya.
“Saya yakin usahawan-usahawan kecil yang berniaga dalam bangunan ini juga pasti boleh menjana pernigaan lebih baik selepas ini.

“Pengurusan baharu Melaka Sentral sedang merancang membantu kira-kira 120 peniaga di sini meningkatkan jumlah keuntungan mereka dengan melaksanakan pelbagai tarikan sebagai sebahagian proses transformasi tersebut,” jelasnya.

Sebagai rekod, Melaka Sentral yang merupakan terminal bas dan teksi terletak berhampiran Pasar Raya Tesco di Jalan Tun Razak dengan reka bentuk gabungan motif tradisional Malaysia dan moden.

Bangunan setingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan punyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini yang berhawa dingin sepenuhnya dan bangunan ini punyai bahagian berbeza untuk bas dan teksi.

Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk perkhidmatan bas ekspres antara negeri di mana untuk perkhidmatan bas domestik terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan.

Setiap bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago