MELAKA SEDIA HARGA RUMAH TERES TERENDAH DI MALAYSIA

MELAKA SEDIA HARGA RUMAH TERES TERENDAH DI MALAYSIA

Keperluan rakyat dipenuhi.

 

Harga rumah teres di Melaka dicatatkan antara terendah di Malaysia melalui Jabatan Penilaian Harta dan Kementerian Kewangan sepanjang suku pertama 2019 dengan purata 153 ribu ringgit diikuti Perlis dan Kedah.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia menunjukkkan pasaran hartanah Melaka berjaya dimanfaatkan sebaiknya untuk memenuhi keperluan rakyat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Dataran Seri Negeri, Ayer Keroh.

Tambah Adly, penilaian harga rumah di setiap negeri dijalankan bagi memastikan harga rumah mengikut kemampuan pembeli.

Sehubungan itu, lebih banyak model Rumah Mampu Milik (RMM) dan rumah kos sederhana di bina di Melaka.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES