Melaka sasar enam pasukan terbaik tenis SUKMA 2020

Melaka sasar enam pasukan terbaik tenis SUKMA 2020

Melaka boleh!!!!

AYER KEROH 4 Julai – Persatuan Lawn Tenis Melaka (MLTA) mensasarkan untuk menjadi enam pasukan terbaik bagi acara tenis dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Naib Presiden 3 MLTA, Mohd Firdaus Mohd Fadzil berkata, sasaran itu diyakini mampu diraih ekoran prestasi yang ditunjukkan dalam SUKMA 2018.

“Pasukan tenis Melaka berjaya rangkul naib johan consolidation 2018, sasaran 2020 untuk berada antara enam pasukan terbaik sepanjang kejohanan itu,” katanya kepada MelakaKini.

Bagi memenuhi sasaran itu, Mohd. Firdaus berkata, MLTA melakukan persiapan awal dengan melakukan sesi pemilihan peserta berusia 16 hingga 19 tahun baru-baru ini.

Pemilihan itu katanya, dibuat bagi temasya SUKMA yang akan diadakan di Johor Bahru pada 9 hingga 11 Julai tahun depan.

Katanya, terdapat beberapa acara bakal dipertandingkan seperti kategori Perseorangan (Lelaki dan Wanita) dan Bergu (Lelaki dan Wanita).

“Kita lantik Q. Vasuthevan sebagai Ketua Jurulatih SUKMA 2020, ia dipersetujui ahli jawatankuasa tertinggi MLTA yang diterajui Shahrul Hafidz Abd Rahim Presiden MLTA merangkap Setiausaha MPHTJ,” katanya.

Dengan adanya sesi latihan bersepadu itu, ujarnya, pasukan tenis Melaka dapat bersaing dengan pasukan negeri lain di semenanjung.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS