Categories: MELAKAPELANCONGAN

Melaka River Cruise sasar kutipan RM20 juta tahun ini

BANDARAYA MELAKA 17 Dis. – Perkhidmatan menyelusuri Sungai Melaka menerusi Melaka River Cruise (MRC) menjadi salah satu tarikan pelancongan membanggakan di negeri ini.

Sambutan menggalakkan daripada pelancong dalam dan luar negara sekali gus menyumbang kepada kutipan sejumlah RM18 juta bagi perkhidmatan tersebut sepanjang tahun ini.

Jumlah berkenaan hasil daripada kehadiran kira-kira 900,000 pengunjung yang telah menaiki MRC sewaktu berada di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Azlan Abidin berkata, pihaknya menganggarkan sekurang-kurangnya RM20 juta mampu dicatatkan sehingga penghujung tahun ini.

“Sambutan sangat baik tidak mengira masa. Walaupun kita terpaksa hentikan operasi kerana hujan berterusan semalam, tetapi, pada sebelah malam sahaja lebih 5,000 pengunjung berjaya dicatatkan.

“Saya yakin mereka sangat teruja merasai pengalaman baharu dan unik semasa menyelusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot,” katanya.

Azlan mencabut nama pemenang bertuah

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis cabutan bertuah bulanan (November) MRC di Pejabat PPSPM di sini.

Pada majlis itu Azlan telah mencabut satu nama untuk memenangi hadiah berupa televisyen bersaiz 65 inci.

Mengulas mengenai cabutan bertuah dijalankan, ujar Azlan, ia juga salah satu tarikan menarik kepada pengunjung MRC.

“Selain menikmati perkhidmatan MRC mereka juga berpeluang memiliki hadiah cabutan bertuah yang sangat lumayan.

“Sehingga kini sudah ramai bernasib baik mendapat hadiah cabutan bertuah ini dan siapa tahu mereka di luar sana juga salah seorang pemenangnya,” katanya.

Hadiah utama bagi cabutan bertuah tersebut adalah sebuah Proton Iriz.

Program cabutan bertuah ini merupakan aktiviti bulanan PPSPM dalam usaha menghargai pelanggan mereka.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago