MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN DENGAN JAKARTA DAN SURABAYA

Kerjasama strategik dengan negeri-negeri Gugusan Nusantara.

Pertemuan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dengan Gabenor Jakarta, H. Anies Rasyid Baswedan baru-baru ini membuka lembaran baharu dan membina hubungan lebih kukuh antara Melaka dan Jakarta.

Menurut Adly, pada pertemuan itu, Jakarta secara dasarnya bersetuju dengan hasrat kerajaan negeri untuk membuka laluan penerbangan Melaka ke Jakarta seterusnya menghubungkan China.

Jelas Adly, pihaknya turut mempelawa usahawan dan rakyat Indonesia melabur di Melaka khususnya dalam bidang perubatan, pendidikan dan program Malaysia My Second Home (MM2H).

Sementara itu Adly berkata, pelancongan kesihatan, kerjasama pendidikan dan muafakat nusantara merupakan antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan wakil Gabenor Surabaya, Dr. H. Emil Elestianto.

Adly berkata, potensi laluan kapal persiaran antara Surabaya dengan Melaka bagi manfaat kepada kedua-dua belah pihak turut dibincangkan lebih lanjut.

Selain membina hubungan ekonomi, lawatan tersebut juga bermatlamat mengukuhkan muafakat antara negeri-negeri dalam Gugusan Nusantara.

Lawatan rasmi ke kedua-dua kotaraya di Pulau Jawa, Indonesia itu disertai Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Ashalia binti Yusof

Leave a Comment
Share
Published by
Ashalia binti Yusof

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago