MELAKA – PENANG BERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI NEGERI

MELAKA – PENANG BERI IMPAK BESAR KEPADA EKONOMI NEGERI

Melaka kini melangkah setapak ke hadapan, terus gah sebagai destinasi pelancongan tersohor.

1 Julai 2019. Mencatat episod bersejarah buat negeri Melaka apabila pesawat Airbus 320 milik syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Berhad (AirAsia), melakukan pendaratan sulung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam.

Seramai 174 pelancong dari Pulau Mutiara menjadi kumpulan pertama menjejakkan kaki di bumi Hang Tuah ini serta perasmi kepada pembukaan laluan baharu ke Melaka.

Pengoperasian AirAsia di LTAM membuktikan kewibawaan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Adly Zahari berjaya meyakinkan syarikat berjenama besar untuk melabur di negeri ini.

Ia sekali gus, meletakkan Melaka setapak ke hadapan dalam kerancakannya memacu ekonomi.

AK6284 Melaka – Pulau Pinang, penerbangan setiap hari dengan kadar tambang serendah 79 RINGGIT bagi satu laluan, ia sejajar dengan tagline AirAsia, “Now everyone can fly.”

Usaha membawa syarikat terbabit beroperasi di LTAM adalah manifestasi kesungguhan kerajaan negeri merancakkan sektor pelancongan seterusnya sasaran 20 juta pelancong ke Melaka pada tahun ini mampu dicapai.

Jelas Adly, perbincangan mengenai laluan Melaka-Pulau Pinang telah dimulakan sejak tahun lalu dan kajian komprehensif dilakukan sebelum penerbangan sulung itu dapat direalisasikan.

Kelebihan yang dimiliki Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebagai pintu masuk pelancong asing ke negeri itu, secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada Melaka, bukan sahaja dalam aspek pelancongan, malah sektor ekonomi dan perindustrian.

 

 

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES