Melaka, NS muktamadkan hak persempadanan maritim

PUTRAJAYA 15 Okt. – Melaka memuktamadkan hak persempadanan maritim antara dua negeri itu sejauh tujuh kilometer dari muara Sungai Linggi ke had perairan wilayah negeri di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) di sini hari ini.

Melaka diwakili Ketua Menteri, Adly Zahari, manakala Negeri Sembilan diwakili Menteri Besarnya, Datuk Seri Aminuddin Haron.

Kedua-dua mereka menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) itu sambil disaksikan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar

MoU yang ditandatangani itu merupakan kesinambungan daripada perjanjian persempadanan darat yang dimeterai pada 2 Julai lalu.

Kajian penentuan sempadan maritim antara negeri di Semenanjung Malaysia telah dijalankan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) pada 2007, seterusnya pada 2014 dengan kedua-dua negeri berjiran itu mula melaksanakan rundingan bagi memuktamadkan sektor sempadan maritim dengan dibantu Jupem dan KATS sebagai jururunding.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KATS, Datuk Zurinah Pawanteh; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Hasim Hasan dan rakan sejawatannya dari Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik.

2 Julai lalu, Adly dilaporkan berkata, penentuan persempadanan itu mampu meneruskan pembinaan projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) yang membawa pelbagai manfaat kepada rakyat.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago