Melaka mahu tingkatkan pengeluaran padi

SERKAM 16 Ogos – Kerajaan Melaka berusaha meningkatkan hasil pengeluaran padi di tapak projek empangan sawah Serkam Anak Air di sini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, antara inisiatif itu termasuk membelanjakan RM50,000 bagi pembinaan empat pintu air bagi tujuan menaik taraf sistem saliran di kawasan berkenaan.

Menurutnya, punca air menjadi masalah utama hasil padi tidak dapat ditingkatkan pengeluarannya.

“Kita sudah jalankan semula penanaman padi di sini sejak Ogos tahun lalu selepas ia tidak diusahakan hampir empat musim (dua tahun).

“Buat masa ini, pintu air tersebut sangat membantu mengatasi masalah dihadapi dan kita harap ia dapat meningkatkan penghasilan padi berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat tapak projek empangan sawah itu sempena lawatan kerjanya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Jasin, Datuk Anis Ali Hassan, Yang diPertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Mustafa Ali dan Penyelaras Penyelaras DUN Serkam, Muhammad Khomeini Kamal.

Tambah Adly, inisiatif itu sekali gus dapat meningkatkan musim penuaian padi.

“Kita jangka punca air mencukupi dapat menambah musim penanaman padi berbanding sebelum ini satu musim sahaja,” katanya.

Beliau yakin sawah padi seluas 60 hektar itu mempunyai potensi besar untuk jangkamasa panjang.

“Projek ini mampu memberikan pelbagai manfaat kepada penduduk setempat. Sehingga kini terdapat 27 petani tempatan mengusahakan projek ini dan ia turut menyumbang kepada bidang agro pelancongan yang semakin mendapat perhatian di negeri ini,” katanya.

Tambahnya, kerajaan negeri merancang menambah lagi pintu air mengikut keperluan.

“Lebih banyak pintu air, lebih baik sistem saliran berfungsi dan perkara ini akan dibincangkan dengan Pejabat Daerah Jasin.

“Kita juga komited memastikan kawasan ini kekal sebagai tapak penanaman padi di Melaka,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago