Melaka mahu tarik lebih ramai pelancong Belanda

Banda Hilir 16 Jun – Kerajaan Melaka akan terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Belanda, dalam pelbagai bidang terutama pelancongan dalam usaha mempromosikan negeri ini dan menarik kedatangan lebih ramai rakyat negara itu.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew berkata, Melaka dan Belanda mempunyai beberapa persamaan terutama daripada aspek tinggalan sejarah dan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak sejak 1641.

“Melaka sendiri mempunyai satu tapak tinggalan sejarah kerajaan Belanda pada zaman penjajahan yang kini menjadi antara ikon pelancongan yang boleh menarik kedatangan pelancong dari negara itu.

“Berdasarkan rekod, jumlah kedatangan pelancong Belanda ke Melaka pada tahun lalu kira-kira 21,000 orang.

“Kita akan terus memelihara dan memulihara tinggalan sejarah ini sebagai pelancongan dan juga tatapan generasi masa hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Hari Belanda 2019 di Melaka di Kompleks Stadthuys di sini semalam.

Pada festival itu, kerajaan Belanda menerusi Duta Besarnya ke Malaysia, Karin Mossenlechner menghadiahkan tiga replika lembu kepada kerajaan negeri sebagai tanda persabahatan antara kedua-dua pihak.

Dalam perkembangan lain, Tey berkata, Melaka berminat mempelajari daripada Belanda mengenai pengurusan banjir memandangkan negara itu yang terletak di kawasan tanah rendah mempunyai pengurusan yang baik dalam mengelak berlakunya banjir.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat
Tags: pelancongan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago