Categories: MELAKAPELANCONGAN

Melaka jangka kehadiran pelancong lebih meriah pada 2020

REMBIA 14 Jan. – Exco Pelancongan, Warisan Dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis menjangkakan kehadiran pelancong ke Melaka tahun ini lebih meriah.

Walaupun tidak mencapai sasaran 20 juta pelancong ke Melaka tahun lepas, Muhamad Jailani menaruh keyakinan itu berdasarkan kenaikan jumlah pengunjung luar dan domestik ke negeri ini.

“Tahun lepas kita pecahkan rekod kenaikan 13 peratus pelancong dari Negara China, dan beberapa lagi peratus kenaikan dari pelancong domestik.

“Semua naik (data pelancongan negara dan negeri), kecuali Indonesia dan Singapura atas faktor tertentu, oleh sebab itu saya jangkakan tahun ini pelancongan di Melaka lebih meriah (berdasarkan data diperoleh),” katanya ketika ditemui di Rembia baru-baru ini.

Melaka merekodkan kenaikan kehadiran pelancong ke negeri ini selepas mencatatkan kira-kira 18 juta pelancong pada 2019, berbanding 17.02 juta pada 2018.

Daripada 18 juta pelancong ke Melaka itu, 60 peratus darinya disumbangkan pelancong domestik terutamanya dari Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago