Melaka-Hungary sedia kerjasama bangunkan bandar berkembar

AYER KEROH 9 Nov. – Kerajaan negeri sedia bekerjasama dengan Kerajaan Hungary bagi membangunkan bandar berkembar di negeri ini pada masa akan datang.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerjasama antara negara itu di dalam jangka masa panjang merupakan medan dalam membangunkan industri pelancongan yang membawa manfaat di antara negeri masing-masing.

“Kita akan lebih memfokuskan ke arah industri pelancongan dengan dua sub sektor yang ditumpukan iaitu pelancongan sejarah dan perubatan.

“Hal ini dilihat Melaka dan Hungary mempunyai keistimewaan tarikan sejarah di antara negeri masing-masing.

“Malah, dari sektor perubatan, di Hungary merupakan negara yang membekalkan perkhidmatan perubatan spa yang terbaik dan ini merupakan peluang kita di dalam negeri ini.

“Dengan jalinan ini juga kita akan mengambil model-model perubatan spa di negara mereka untuk kita bawa dan kembangkan di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MelakaKini selepas menerima kunjung hormat Timbalan Speaker Hungary, Istvan Jakab, di Seri Negeri, semalam.

Ketibaan delegasi kira-kira tujuh orang tersebut telah disambut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Omar Jaafar tepat jam 2.30 petang semalam di perkarangan Seri Negeri.

Sejurus tiba, delegasi itu dibawa ke pejabat Adly dan membincangkan hala tuju kedua kerajaan itu kira-kira setengah jam dan melakukan lawatan di pejabat Omar dan di Dewan Undangan Negeri Melaka.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago