Melaka darurat tidak benar – Adly

Melaka darurat tidak benar – Adly

Hentikan SEBAR sebarang khabar angin yang tidak sahih bagi mengelak orang awam keliru!

AYER KEROH 19 Sept – Tiada istilah darurat di Melaka Jumaat ini seperti ditularkan dalam laman media sosial Facebook semalam,” tegas Ketua Menteri, Adly Zahari.

Menurutnya, ura-ura itu timbul rentetan Melaka mempunyai isu air dan ia jelas sekali tidak benar.

“Itu tidak benar, proses air kalau kawasan yang terjejas itu ia akan menghadapi kekurangan tekanan air dan jika pengurangan air itu berlaku kita akan bantu.

“Kalau mengikut kadar empangan kita, kita ada 25 ribu juta liter lagi, jadi kita akan uruskan air ini mengikut kaedah-kaedah yang kita gunakan dalam penyampaian air,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri, hari ini.

Jelas Adly, kawasan yang terjejas akan disampaikan melalui lori tangki dan kalau ada kawasan-kawasan yang tertentu jabatan terlibat hanya akan mengubah tekanan air tersebut.

“Jadi tekanan itu akan diselaraskan berdasarkan keperluan-keperluan semasa, contohnya pada waktu malam dan sebagainya.

“Jadi tidak timbul soal darurat dan tidak perlu dibincangkan,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS