MELAKA BERHASRAT BUKA TAMAN TEMA UPIN & IPIN

MELAKA BERHASRAT BUKA TAMAN TEMA UPIN & IPIN

Waaaah.. menarik tu

 

Melaka berhasrat membuka taman tema Upin Ipin bagi menambah produk pelancongan baharu di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, memandangkan kartun itu sudah mempunyai kekuatan dari segi animasi dan tarikan kekeluargaan, maka ia mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong.

Bagaimanapun ia memerlukan penilaian dan pertimbangan  Syarikat Les’ Copaque bagi merealisasikan hasrat membangunkan taman tema itu di Melaka.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Upin & Ipin di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), jumaat lalu.

Sementara itu, Pengarah Urusan LCP, Burhanuddin Md. Radzi berkata, pihak akan mempertimbangkan pelawaan Adly, namun perbincangan teliti mengenainya perlu dilakukan berikutan kosnya yang tinggi iaitu sekitar RM700 juta.

CATEGORIES