Melaka bakal buka lagi laluan penerbangan antarabangsa baharu

Melaka bakal buka lagi laluan penerbangan antarabangsa baharu

Menarik....sokong tu!

LANGKAWI 10 Okt. – Kerajaan negeri merancang akan membuka sebuah laluan penerbangan antarabangsa baharu dengan penerbangan secara terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).

Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, perancangan dengan membuka laluan antara Melaka dan Jakarta, Indonesia.

Jelasnya, perancangan itu akan dibincangkan melalui permohonan kerajaan negeri dengan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan pada kunjungannya minggu hadapan.

“Hasil perbincangan bersama Ketua Menteri, Adly Zahari, kita akan memohon kepada kerajaan Indonesia bagi membuka laluan tersebut secara terus ke negeri ini.

“Melalui perancangan itu, kita akan menarik syarikat penerbangan Batik Air Indonesia untuk membuka laluan ke Melaka.

“Malah, pada masa sama, kita akan memohon jaringan laluan lain iaitu antara Melaka-Jakarta, Jakarta-Melaka, Melaka-Nanjing,China, Nanjing-Hainan,China, dan Hainan-Melaka-Jakarta.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Jaringan dan FAM Trip Pemain Industri Pelancongan Melaka Ke Langkawi di The Frangipani Langkawi Resort & Spa, di sini semalam.

Tambahnya, pada pertemuan itu nanti kerajaan negeri juga akan merancang kepada kerajan tersebut untuk membuka satu kesinambungan jaringan antara Jakarta-Melaka-Langkawi.

“Malah, kita akan rancang untuk membuka laluan lain seperti ke Phuket, Thailand dan sebagainya.

“Segala usaha ini mampu dicapai bagaimanapun ia memerlukan kerjasama antara pemain industri pelancongan termasuk syarikat swasta di negeri ini.

“Melalui kerjasama ini ia mampu membentuk LTAM sebagai sebuah lapangan terbang yang sibuk dengan kedatangan pelancong ke negeri ini,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS