Melaka antara 10 destinasi pelancongan terbaik dunia

Melaka antara 10 destinasi pelancongan terbaik dunia

Tahniah atas kejayaan Melaka....

AYER KEROH 20 Sept. – Melaka disenaraikan antara 10 negeri teratas sebagai Destinasi Pelancongan Terbaik Antarabangsa, baru-baru ini.

Anugerah ‘Top 10 International Best Tourist Destination’ itu menjadikan Melaka tersenarai antara 10 destinasi pelancongan terbaik dunia termasuk Rusia, Fiji, Morocco, Jerman, Perancis dan Switzerland.

Mengulas kejayaan itu, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, anugerah yang dinobatkan sempena Karnival Destinasi Pelancongan Dunia 2019 di China baru-baru ini merupakan anugerah yang di luar jangkaan.

“Kami tidak menjangkakan Melaka termasuk antara 10 teratas dalam pencapaian ini dan ini adalah satu pencapaian terbaik buat Melaka.

“Kita mempunyai khazanah purba, alhamdulillah inilah yang menjadi tali pengukur kepada kejayaan ini menjadikan kita berjaya mencapai tahap antarabangsa.

“Kriteria bagi memenangi anugerah ini termasuk kadar pelancongan, komposisi destinasi pelancongan, penggunaan penyebaran internet dan pelbagai lagi,” katanya ketika ditemui MelakaKini.

Jailani berhasrat akan lebih komited lagi dalam memperkasakan pelancongan negeri ini melalui pelbagai promosi dalam menaikkan nama Melaka di mata dunia.

Kerajaan negeri ujarnya, akan lebih agresif dalam mendukung cita-cita itu dengan mempergiatkan pelbagai promosi pelancongan di beberapa negara.

“Kita akan membuka Pusat Informasi Pelancongan Melaka di Pekan Baru, Indonesia tidak lama lagi.

“Dengan inisiatif ini kita akan menandatangani hubungan dua hala dengan negara itu bagi bersama-sama memperkasakan subsektor pelancongan pemakanan, kesihatan dan keluarga,” katanya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS