Categories: MELAKA

MCCCI kunjung hormat TYT

AYER KEROH 14 Mei – Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob menerima kunjung hormat 15 ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Melaka (MCCCI) di pejabatnya di sini.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan hala tuju ekonomi negeri ini selain beramah mesra bersama Mohd Khalil.

Presiden MCCCI, Siang Teck Siong berkata, dewan perniagaan itu memainkan peranan penting membantu peniaga dan usahawan China di negeri ini menguruskan hal berkaitan perniagaan.

Sehingga kini katanya, seramai 800 ahli menyertai dewan perniagaan itu sejak ditubuhkan 104 tahun lalu.

“Apa sahaja masalah sama ada individu atau persatuan perniagaan lain, semua boleh dibincangkan bersama kami. Kami mewakili peniaga ini dalam pelbagai bidang sama ada kecil atau besar,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago