Categories: EkonomiMELAKA

MBSB yakin capai sasaran KPI 2019

AYER KEROH 16 Ogos – Anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Melaka Bekal Sdn Bhd (MBSB) berada di landasan betul untuk mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan untuk 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Husni Balis Ali berkata, KPI syarikat itu adalah untuk mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6 peratus tahun ini.

Beliau yakin MBSB bukan sahaja berupaya mencapai KPI tersebut bahkan mampu mencapai pertumbuhan melebihi 6 peratus yang ditetapkan.

“Berdasarkan prestasi untuk enam bulan pertama tahun ini, syarikat mencatatkan lebihan pendapatan berbanding tempoh sama tahun lepas,” katanya sebelum menyerahkan replika cek sumbangan MBSB kepada Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di Kompleks Seri Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata, prestasi kewangan syarikat juga menunjukkan peningkatan lebih ketara pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Husni berkata, MBSB yang terlibat dalam pengurusan permit untuk pasir dan batuan di negeri ini menjangkakan tujuh projek baru berkaitan pasir dan batu bakal dilaksanakan pada bulan ini atau bulan hadapan.

Mneurutnya, kesemua projek berkenaan bakal menyumbang tambahan RM600,000 kepada hasil syarikat untuk tahun semasa.

“MBSB juga sedang mempelbagaikan portfolio perniagaannya dan bukan sekadar terbabit dalam pengurusan permit untuk pasir dan kuari sahaja,” katanya.

Mengulas sumbangan RM100,000 oleh MBSB kepada Kerajaan Negeri Melaka hari ini, jelasnya, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan secara berterusan.

Syarikat katanya, akan menyerahkan beberapa sumbangan tunai lain kepada kerajaan negeri pada masa akan datang berdasarkan peruntukan yang disediakan syarikat.

“Pada tahun lalu syarikat turut menyumbang RM350,000 untuk pasukan bolasepak Melaka United selain RM100,000 kepada Panorama Melaka bagi penyediaan perkhidmatan bas percuma,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago