MBMB proaktif sambut bulan kemerdekaan

AYER KEROH 20 Ogos – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melancarkan sambutan Bulan Kebangsaan 2019 peringkat MBMB dalam usaha memupuk rasa cinta terhadap bulan penuh sejarah itu.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, ia sekali gus menyedarkan kita supaya memperingati detik kemerdekaan sekali gus mengekspresikan semangat masing-masing.

Menurutnya, sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), MBMB sentiasa proaktif menggalak dan menanam semangat Bulan Kebangsaan tanpa mengira masa.

“Semangat sayangi Malaysiaku telah sebati dengan MBMB di mana kita telah mula memasang Jalur Gemilang di kawasan pentadbiran MBMB melibatkan lebih 7,000 Jalur Gemilang.

“Kita juga telah memasang dua bendera gergasi Jalur Gemilang dan logo tema hari kebangsaan 2019 iaitu Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” di bumbung Graha Makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perhimpunan bulanan khas MBMB sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2019 di Dewan Taming Sari MBMB di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Tey Kok Kiew.

Tambah Mansor, MBMB turut menganjurkan pertandingan hiasan jabatan bertemakan bulan kemerdekaan bermula 13 ogos hingga 16 september nanti dengan jumlah hadiah lebih RM4,000.

“Kemuncak sambutan pada 30 Ogos ini, yang mana ambang kemerdekaan akan berlangsung di Dataran Bandaraya.

“Saya juga berbangga kerana kerajaan negeri memilih kami sebagai hos tahun ini dan ia satu penghargaan yang sangat bermakna,” katanya.

Berkonsepkan warisan, sambutan ambang kemerdekaan itu akan diserikan dengan persembahan artis terkenal tanah air, persembahan kebudayaan dan warisan serta pertunjukan bunga api.

“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan suasana sambutan tersebut di samping menunjukkan rasa cinta terhadap negara,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago