Categories: MELAKA

Maut terperosok bawah treler

BUKIT KATIL 5 Feb. – Seorang lelaki maut selepas terperosok ke bawah treler di ketika menunggang motosikal di Jalan Bukit Katil hari ini.

Dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu mangsa, Muhammad Danial Ismail, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC beralamat di Taman Bukit Katil Damai, disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Azfanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berusia 44 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan Tun Hamzah, Bukit Katil menghala ke arah Hospital Pantai.

Katanya, pemandu treler itu memulakan perjalanan untuk membelok ke kanan sebaik sahaja lampu isyarat menunjukkan warna hijau.

“Bagaimanapun treler berkenaan melanggar motosikal yang tiba-tiba berada di hadapan dan dipercayai berada pada kedudukan ‘blindspot’

“Akibat perlanggaran itu, mangsa termasuk di bawah treler sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Melaka Kini.

Azfanizar berkata, pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

“Kedua-dua kenderaan yang terbabit dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Farah Suhaidah Othman

Leave a Comment
Share
Published by
Farah Suhaidah Othman

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago