Masyarakat perlu tahu cara aduan kepada SPRM

Masyarakat perlu tahu cara aduan kepada SPRM

Jom sama-sama kita banteras jenayah rasuah!!

 

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mahu masyarakat tahu cara membuat aduan isu salah laku kepada SPRM dalam usaha membanteras jenayah rasuah di negara ini.

Ia termasuk menggunakan aplikasi aduan, Mesej Pesanan Ringkas (SMS), panggilan mahupun melalui kaedah konvensional iaitu penulisan surat.

Ketua SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya akan menwar-warkan jenis-jenis rasuah yang biasa dan mudah dilakukan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang gejala itu.

Beliau berkata demikian selepas program Melaka Tolak Rasuah yang dirasmikan Ketua Menteri, Adly Zahari, bersempena Tahun Melawat Melaka 2019 di Taming Sari, Banda Hilir.

Sehingga Julai 2019, sebanyak 137 maklumat diterima SPRM, 32 kertas siasatan telah dibuka, manakala 42 kertas pemeriksaan awal (KPA) berkaitan rasuah telah dikenal pasti.

Daripada jumlah itu, 17 tangkapan dibuat membabitkan 13 penjawat awam dan 4 orang awam.

Bagaimanapun Latheefa memberitahu setiap maklumat aduan yang diterima akan dikenalpasti kesahihannya sebelum kertas siasatan dibuka.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES