Masjid Selat Melaka ini antara destinasi menarik yang patut dikunjungi jika anda bertandang ke Negeri Melaka, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terapung kerana ia seolah-olah terapung apabila air pasang.
Masjid dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka yang merupakan selat tersibuk dan terpanjang di dunia.
Pembinaan Masjid Selat ini menelan belanja hampir RM11 juta, dibina di atas tapak berkeluasan 1.8 hektar. Peruntukan sebanyak RM7 juta juga diberikan oleh Kerajaan Persekutuan bertujuan sebagai pelengkap kepada RM11 Juta.
Masjid Selat ini boleh menampung kapasiti lebih kurang 2,000 jemaah pada satu-satu masa. Pembinaannya bermula pada Jun 2003 dan berakhir sepenuhnya pada 29 Ogos 2006 dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 24 November 2006.
Suasana ketenangan dan kedamaian di Masjid Selat Melaka cukup membuatkan hati anda terusik, lebih terasa ketenangan apabila kita bersolat di dalamnya, diselangi dan disulami hembusan bayu Selat Melaka yang pasti menenangkan jiwa.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment