Masjid Kampung Hulu mercu tanda pelancongan Islam

BANDARAYA MELAKA 17 Jun – Masjid Kampung Hulu yang berwajah baharu bakal dijadikan kawasan
pelancongan kebudayaan Islam di Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, projek yang dibangunkan sejak Mei tahun lalu itu akan dimanfaatkan terutama terhadap pembangunan ekonomi masyarakat Islam.

Selain itu, elemen perpaduan dan kebudayaan Islam merupakan antara tiga aspek utama dalam pembangunan kawasan terbabit.

“Kita akan usahakan kepada pihak swasta bagi melihat kaedah pengurusan pembangunan ini dengan memanfaatkan setiap kemudahan fasiliti bagi menjana pendapatan masjid ini.

“Kita yakin bahawa inisiatif ini membawa kepada pembangunan ekonomi kawasan ini malah akan memberi manfaat kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Pelbagai program dan latihan boleh dijalankan di kawasan ini dengan pelbagai pengisian wacana pendidikan malah boleh dijadikan contoh kepada kawasan masjid yang dijadikan lokasi program pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian, pada sidang media pada lawatannya di bangunan baharu Masjid Kampung Hulu, pagi tadi.

Hadir sama Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab yang juga Timbalan Pengerusi MAIM.

Bangunan baharu yang bakal beroperasi September ini terletak di belakang masjid berkenaan yang pada asalnya adalah bekas tapak letak kenderaan.

Projek bernilai RM7.4 juta itu melibatkan kelengkapan kemudahan fasiliti merangkumi 37 unit bilik asrama dan dewan yang mampu memuatkan 200 orang.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago