Masih ramai kurang ketahui info tepat Rumah Peduli

Masih ramai kurang ketahui info tepat Rumah Peduli

Sudah tiba masanya untuk pihak berkaitan bergerak memberikan penerangan kepada rakyat Melaka tentang projek Rumah Peduli. Rakyat adalah keutamaan buat kerajaan negeri...

BANDARAYA MELAKA 14 Jun – Pembinaan Rumah Peduli di negeri ini yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing menerima reaksi positif.

Pengumuman pembinaan rumah yang diberi secara percuma oleh kerajaan negeri dengan setiap DUN dianggarkan menerima antara dua ke tiga buah rumah berdasarkan kelayakkan penerima juga antara perkara yang menerima pujian rakyat Melaka.

Namun, masih ramai yang tidak mengetahui kelayakan sebenar dan medium membuat permohonan.

Pekerja swasta, Farhana Yaakob, 44, kurangnya penyebaran mengenai syarat dan cara memohon Rumah Peduli perlu diperbaiki.

Katanya, setiap perkara yang memberikan manfaat kepada rakyat perlu diberitahu secara jelas agar orang ramai terutamanya yang berkelayakan mengambil peluang memiliki rumah ini.

“Dapat atau tidak ia nombor dua, paling penting mereka yang berkelayakan mencuba dahulu dan tahu bagaimana cara hendak memohon.

“Setiap manfaat yang diberikan kepada rakyat perlu diketahui dengan jelas,” katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Hasil tinjauan di beberapa kawasan turut mendapati kakitangan awam di agensi juga tidak mengetahui mengenainya.

Mahu dikenali sebagai Ain, 33, berkata, hanya beberapa maklumat mengenai kelayakkan tanah hanya diketahuinya.

“Perlu ada tanah sendiri? Saya pun tak pasti.

“Tak tahu, bagaimanapun saya pasti perkara (kurang penyampaian info) ini pastinya diketahui kerajaan negeri,” katanya.

Namun bagi, Bagi Mamat, 59 pula, dia mengetahui kesemua maklumat mengenai kelayakan dan cara memohonnya selepas membaca dari surat khabar dan media sosial.

“Ya saya tahu mengenainya, pembinaan yang diberikan kepada penerima miskin tegar juga amat bagus dan wajar diperluaskan,” katanya.

Rumah Peduli yang dibina dengan bajet RM3 juta membabitkan 60 unit rumah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

CATEGORIES
TAGS