Categories: Aduan RakyatMELAKA

Masalah jalan berlubang lebih sedekad, selesai

BUKIT RAMBAI 17 Okt. – Masalah jalan berlubang yang membelenggu penduduk Bukit Berlian, di sini sejak lebih 10 tahun lalu akhirnya selesai.

Ini selepas jalan sepanjang 700 meter yang membahayakan keselamatan penduduk itu telah dinaik taraf Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck yang ditemui ketika melawat kawasan berkenaan menzahirkan rasa gembira kerana kesengsaraan penduduk selama ini akhirnya berjaya diselesaikan.

“Saya menerima aduan daripada penduduk pada Julai lalu yang mengatakan bahawa jalan di sini sudah lebih 10 tahun tidak pernah dinaik taraf atau diperbaiki.

“Oleh sebab itu, saya telah membawakan isu ini dan meminta pihak JPS membaikinya dengan segera setelah mendapat peruntukan daripada Parlimen Tangga Batu sebanyak RM40,000.

“Dan anda boleh lihat pada hari ini ia (jalan) sudah hampir sempurna. Cuma mungkin ada beberapa perkara lagi perlu kita tambah baik termasuk mendapatkan peruntukan daripada Kemajuan Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membolehkan jalan ini diturap dengan sempurna,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gedung Lalang, Mohd Haris Abdul Manaf.

Sementara itu, seorang penternak kambing di kawasan berkenaan, Norman Abdul Rahman merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menaik taraf jalan berkenaan.

Ujarnya, sejak mengusahakan kawasan penternakan kambing di kawasan berkenaan pada 2006, terdapat banyak masalah membabitkan jalan berkenaan.

“Masalah paling teruk ialah ketika hujan yang mana jalan sebelum ini mempunyai banyak lopak dan membahayakan penduduk yang lalu lalang.

“Ada yang sampai motor hampir terbabas masuk ke sungai dan banyak juga kes membabitkan kereta tersangkut.

“Apa pun, terima kasih kepada YB (Gue Teck), kerajaan, MPKK dan semua yang membantu. Mungkin apa yang ada sekarang belum cukup memuaskan hati semua tetapi saya percaya ini satu permulaan yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago