Masalah dilalui MUSA tidak teruk jika hendak dibandingkan dengan persatuan lain

“Bagi saya tak salah dari segi prosedur, cuma bila dah ditularkan ia hanya memberikan kesan kepada Melaka United (MU).

“Berbanding dia, kerana MU masih dalam proses menarik minat penaja dan perkara ini sudah tentu memberikan impak negatif kepada persatuan,” kata Penasihat Undang-Undang Melaka United, Mohd Zhafri Aminurashid ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas kapten MU, Mohd Shukor Adan yang menfailkan afidavit kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menuntut pembayaran gaji yang tertunggak daripada Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), tempoh hari.

Jelasnya, tiada kesalahan dari segi undang-undang dibuat bekas pemain pertahanan MU itu yang kini beraksi bersama Kuala Lumpur, kerana tiada klausa di dalam kontrak dan peraturan FAM yang tidak membenarkannya berbuat demikian.

“Namun apabila ia melibatkan media sosial ianya akan memberi impak negatif kepada persatuan,

“Lagi pun, masalah dilalui MUSA tidak teruk jika hendak dibandingkan dengan persatuan lain, sampai (tertunggak) enam bulan, saya percaya persatuan akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat” katanya.

Pihaknya juga sedang menunggu tuntutan Mohd Shukor yang akan diserahkan melalui FAM.

Menurut Mohd Zhafri, MU masih lagi mengekalkan rekod bersih kerana tidak memiliki rekod berkaitan kes untuk dibawa ke jawatankuasa disiplin FAM membabitkan hal gaji terhadap pemain.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago