MARDI berpotensi dimajukan sebagai pusat agropelancongan – Adly

KUALA LINGGI 27 Feb. – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Kuala Linggi, di sini dicadang dimajukan sebagai pusat agropelancongan sejajar pelbagai kemudahan penyelidikan yang sedia ada.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, MARDI yang mempunyai kawasan seluas 68 hektar amat sesuai untuk dimajukan sebagai satu daripada destinasi agropelancongan yang menarik di negeri ini.

“Saya yakin MARDI boleh berfungsi sebagai satu daripada destinasi pelancongan menarik di Melaka kerana ia mempunyai pelbagai ladang amat luas yang sesuai dimajukan dengan pelbagai aspek yang diperlukan bagi menarik pelancong tempatan dan asing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui melakukan lawatan kerja di MARDI dan beberapa projek pertanian lain dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah MARDI Melaka, Nik Adli Nik Mohamad dan Penyelaras DUN Kuala Linggi, Amran Othman serta Penyelaras DUN Tanjung Bidara, Datuk Halim Bachik.

Dalam lawatan itu Adly diberikan taklimat oleh Penolong Pegawai Penyelidik MARDI, Asraf Hadi Abu Samah mengenai penyelidikan dan pembangunan beberapa produk daripada pati serai wangi dan serai biasa.

Asraf berkata, selain serai wangi dan serai biasa, turut ditanam di kawasan berkenaan ialah kayu gelam, resam, paku, nilam, kayu manis,limau kasturi, limau purut dan ‘lemon myrtle’ serta ‘T tree’ dari Australia.

Bahan berkenaan diracik halus sebelum dipanaskan melalui sistem wap selama dua jam bagi menghasilkan pati yang bernilai tinggi di pasaran.

Katanya, satu tan serai wangi mampu menghasilkan antara enam hingga lapan liter pati serai wangi yang dipasarkan pada harga RM500 seliter.

“Harga itu rendah berbanding harga yang ditawarkan syarikat swasta di pasaran, iaitu lebih RM1,000 seliter kerana konsep MARDI ialah memajukan aspek penyelidikan untuk membantu usahawan menggunakan pati itu untuk menghasilkan produk.

“Contohnya, pati serai wangi boleh diproses menjadi bahan penting untuk menghasilkan minyak wangi, sabun, krim pelembut, pengawal serangga, minyak urut dan seumpamanya,” katanya.

MARDI juga menyediakan skim inkubati, iaitu membimbing usahawan yang ingin mendalami aspek penyelidikan dan penghasilan produk seperti sabun, pengawal serangga dan seumpamanya.

Skim itu menyediakan kursus secara berkala untuk usahawan yang berminat memajukan perniagaan masing-masing dengan kadar bayaran yang munasabah.

selain usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), ujarnya, ada juga peserta kursus daripada syarikat pekilangan yang dihantar oleh syarikat masing-masing untuk mendalami aspek pembuatan produk tertentu.

Lazimnya, kursus berkenaan diadakan antara lima hingga enam bulan bergantung kepada produk yang ingin dimajukan oleh usahawan terbabit, katanya.

Din Ahmad

Leave a Comment
Share
Published by
Din Ahmad
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago