Categories: Covid-19NASIONAL

Mara tangguhkan pembayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan

KUALA LUMPUR 20 Mac — Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memberi penangguhan kepada peminjam pelajaran dan perniagaan yang terkesan, susulan daripada penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam satu kenyataan semalam berkata peminjam pelajaran Mara akan diberi diberi penangguhan selama tiga bulan, dengan syarat peminjam tidak mempunyai tunggakan bayaran balik selama tiga bulan.

Katanya tawaran penangguhan itu turut meliputi peminjam yang mendapat kemudahan Pendahuluan Pinjaman Pelajaran.

Bagi usahawan yang menerima pembiayaan perniagaan Mara pula, penangguhan bayaran balik diberikan selama enam bulan, dengan syarat tidak mempunyai tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan.

“Diskaun khas penyewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30 peratus, turut diberikan kepada semua usahawan yang beroperasi di premis Mara, dengan syarat tidak mempunyai tunggakan bayaran lebih daripada dua bulan dan perniagaan yang dijalankan adalah terlibat secara langsung dengan penutupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya.

Katanya insentif yang diberikan ini tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan, serta terbukti telah menerima kesan secara langsung akibat wabak COVID-19.

Abd Latiff berkata para peminjam dan usahawan Mara yang layak dan menepati syarat ditetapkan, perlu mengemukakan permohonan untuk penjadualan semula bayaran di pejabat Mara berhampiran bermula 1 April 2020.

“Kementerian dan Mara mengambil inisiatif memperkenalkan kemudahan ini, setelah mengambil kira impak kepada pelbagai sektor sama ada dalam dan luar negara sehingga mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan, terjejasnya pelbagai sektor perniagaan, serta kesan daripada arahan penutupan premis perniagaan sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan, yang dikuatkuasakan kerajaan.

“Langkah ini juga adalah sebahagian daripada usaha melaksanakan tanggungjawab sosial, bagi meringankan bebanan rakyat akibat daripada pandemik yang melanda dunia ini,” katanya.

Sebarang maklumat lanjut, sila layari www.mara.gov.my atau hubungi pusat panggilan Mara di talian 03-2613 2000.

— BERNAMA

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago