Categories: Ketua MenteriMELAKA

Mara perlu dekati komuniti luar bandar – Adly

BANDARAYA MELAKA 29 Ogos – Majlis Amanah Rakyat (Mara) perlu terus menjadi ejen penyalur maklumat kepada masyarakat di peringkat akar umbi.

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari berkata, ia bertujuan membolehkan komuniti luar bandar dapat berkomunikasi secara dua hala dengan institusi berkenaan.

Beliau berkata, ia termasuk mewujudkan program kemasyarakatan bersama penduduk luar bandar bagi mendekati mereka sendiri.

“Saya percaya, program kemasyarakatan dapat memberi peluang semua pihak mengukuhkan jaringan sama ada belia, komuniti setempat atau Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Diharap pihak Mara dapat melebarkan lagi program ini kepada lain-lain komuniti khususnya di Melaka pada masa yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran MARA Cakna Komuniti Balai Raya Kampung Padang Jambu, Bukit Katil, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wong Fort Pin; Exco Wanita, Kebajikan dan Luar Bandar negeri, Ginie Lim Siew Lin dan lain-lain kenamaan.

Pada majlis itu, seramai 62 anak yatim dan asnaf menerima sumbangan serta penyampaian bantuan kaki palsu kepada pelajar Mara yang disumbangkan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kuantan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago